ILMU ROH : SESUATU YANG JARANG DI AJARKAN
Ilmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh. Perkataan rohaniah itu berasal daripadaperkataan `ruhun'. Apakah yang dikatakan roh itu? Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izinAllah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melaluipengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.
Roh terbahagiakepada dua iaitu:
1. RUHUL HAYAH
Ruhul hayah terdapat padasemua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yangbernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, pokok-pokok kayu jugaada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dan sebagainya.
2. RUHUL TAMYIZ
Ruhul tamyiz (ruhul amri)lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujudpada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah makamalaikat, jin dan manusia menjadi makhluk
yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkanuntuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yangdiperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sebaliknya roh tamyizatau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhulhayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang membolehkanseseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz initidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatangdan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat.Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dariAllah SWT.
Bagi paramalaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh danmenjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhlukyang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhultamyiz ini.
Roh tamyiz terkenaldengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: "Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal:`Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan
menyeksaserta memberi pahala'." (RiwayatAbdullah bin Imam Ahmad)
Inilah yangmembezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanyasemata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidakmukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala.Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurgatidak, ke Neraka pun tidak.
Tetapiketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memilikiakal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke Syurga denganrahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberipahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan keNeraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.
Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikatdan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluardari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akanmati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lainmakhluk itu hidup.
Manakala roh tamyizpula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut,dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur,dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alammalaikat, alam yang seni-seni (alam mawaraa-ul maddah - ) iaitudapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.
Ini yang berlakuapabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tiduratau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itusedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang ituakan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat,syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.
Jika ruhultamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitutabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihatalam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allahmemperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinyaseperti manusia lain yang tidak semajlis dengannya. Mungkin manusia yangdilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang adapada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.
Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhulhayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akanmati.
Perlu dijelaskanlagi:
1. Malaikat adaroh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan didalam Al Quran:
Maksudnya: (Malaikatitu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."(At Tahrim:6)
2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.
3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh,dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia.Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadiwatak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.
WAALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment