Saturday, January 14, 2012

GANGGUAN SAKA


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TANDA TERKENA GANGGUAN SAKA @ JIN @ ILMU HITAM

Petanda Petandanya Adalah :-


Sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.

Badan terasa berat dan malas.

rasa berdebar debar apabila waktu senja

Badan terasa bisa-bisa/gatal.

Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

Sukar tidur malam.

Sakit pinggang tanpa sebab.

Sakit dada bila waktu asar keatas.
 
Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

Bermimpi di tempat yang kotor.

Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

Bayi kerap menangis.

Bunyi guli jatuh diatas syiling.

Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.

Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.

Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.

Kerap mendengar sesuatu bisikan.

Panas baran.

Sikap berubah secara mendadak.

Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

Suka melakukan tabiat buruk.

Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

Melihat jin secara terus.

Gagal melakukan hubungan kelamin.

Mengantuk bila dengar al-quran.

Bermimpi seram yang menakutkan.

Darah haid tidak teratur.

Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

Selalu ditindih ketika tidur.

Kuat berangan.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Nafsu seksual yang melampau.

Selalu melihat kelibat dirumah.

Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.

SEBAGAI ILMU PENGETAHUAN BERGUNA

Wednesday, January 4, 2012

AS-SYIFA'

AS-SYIFA’

Dan Allah berfirman:
 
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samaada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

AYAT-AYAT SYIFA'

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

1. Surah At-Taubah: ayat 14
2. Surah Yunus: ayat 57
3. Surah An-Nahl: ayat 69
4. Surah Al-Isra' :ayat 82
5. Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80
6. Surah Fushshilat: ayat 44 
 
Semoga dapat menjadi panduan kepada kita semua. InsyaAllah.